This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 9 January 2019

6 Cara Nak Prospek Suka Dengan Anda-Dale Carnegie, How to Win Friends & People


6 Cara Nak Prospek Suka Dengan Anda-Dale Carnegie, How to Win Friends & People


Dalam bisnes, penting ke orang suka kita?
Mestilah penting! Sebab bila dia dah mula suka kita, dia akan mula percaya pada kita.
Bila dah percaya, kita jual apa pun dia nak beli. Hebat, bukan? 😊

Ada 6 cara yang maira pelajari dari Dale Carnegie penulis buku 'best-seller' yang sudah menjual lebih 1,000,000 naskah bukunya. Wowww besar impact tu 😱

1. Anda mesti betul-betul berminat terhadap prospek anda. 

Anda kena ambil tahu apa yang dia suka.
Contoh: Prospek suka minum air mangga.

Anda cerita pasal air mangga, mungkinapa khasiatnya, di mana tempat minum yang best.
Anda juga boleh ajak dia pergi minum sekali. 
INGAT, tanpa ada niat nak menjual. Anda anggap macam kawan sendiri.

2. Senyum.

Perasan tak bila anda pergi mall, anda masuk satu kedai ni,
anda tengok orang yang jaga kedai tu tak senyum pun dekat anda.
Anda pulak dilayan acuh tak acuh.
 Apa lagi angkat kaki lah kan. Pernah alami?

Jika anda nak orang masuk kedai anda dengan hati yang terbuka,
semangat nak beli barang.
Anda pun senyum dekat bakal pelanggan.
Senyum ini pembuka rezeki, mengeratkan silaturrahim.

Bila dia tengok anda senyum, hilang sikit beban yang dia mungkin alami. 😊
Sama juga dengan bisnes online.
Bila balas whatsapp dengan prospek, anda WAJIB senyum.
Bahasa hati ini lagi mudah 'detect'.

Bila call pun kena senyum. Intonasi suara anda pun dalam keadaan yang tenang dan gembira.
Prospek pun senang nak berurusan. Daripada nak beli 1 produk jadi 3 terus.

3. Ingat nama prospek.

Nama setiap orang adalah unik dan 'special'.
Dalam Islam, nama kita ada maksud yang baik.
Elak dari tersilap atau lupa nama mereka.

Catat nama dan butiran peribadi dalam satu buku.
Itu tandanya anda menghargai mereka.

4. Jadi pendengar yang baik.

Sekarang ramai yang suka beri pendapat tak berapa cerdik dan kadang-2 berbaur seperti menghina.
Tanpa disedari, ianya mungkin keruhkan lagi keadaan dan tak membantu bisnes pun.

Jadi mulai hari ini, cuba belajar jadi pendengar yang baik.
Bila prospek mengadu atau nak bercerita masalah yang berkaitan produk dia pakai, kita dengar betul-betul.

Take note, cuba perbaiki apa yang kurang untuk masa akan datang.
Elak mengkritik atau hina pelanggan.

Sebaliknya, kita suggest cara terbaik selesaikan masalah dia.

5. Cakap dalam bahasa dia biasa guna.

Contohnya: Prospek anda orang Kelantan.
Anda cuba sikit cakap dalam bahasa yang sama.
Teknik ini sama seperti 'mirroring'.
Kita ikut cara prospek kita.

Contoh bahasa dia guna waktu whatsapp. Tak perlu 100%.
Tapi ada nampak persamaan tu.
Biar dia selesa dengan kita.

6. Buat prospek rasa dirinya penting dan buat seikhlas hati.

Contoh dia sedia beli 3 jenis produk. Anda bagi free gift atau baucar ekslusif.
Anda juga digalakkan puji prospek.

Bukan mengampu tapi puji dengan pujian yang spesifik.
Kalau dp whatsappnya pakai baju warna merah.

Puji begini, " Cantik cik Rina pakai baju warna merah, sesuai dengan tona kulit."

Kajian pakar psikologi juga nyatakan, perempuan walaupun dah masuk 60tahun masih lagi ambil berat tentang warna baju apa dia pakai sewaktu usia 20an.

Itu sebab wanita sangat memilih nak pakai baju apa,
walaupun ada macam2 baju dalam almari. Nak2 lagi yang dah post selfie dekat socmed. 

Harap ini dapat bantu anda dalam berurusan dengan kastemer.
Like dan Follow Facebook Page : Maira Online Shop



Tuesday 8 January 2019

7 Idea Terbaik Mulakan Bisnes Online


  Idea Terbaik Mulakan Bisnes Online




1.    Dropship

Anda boleh research produk mana yang dapat permintaan tinggi mudah untuk anda jual.
Pastikan anda dapat 'free guide' supaya anda taklah terkapai-kapai nak post apa di fb dan apa strategi marketing.

Yang bestnya anda hanya promote setiap hari. Anda tak perlu keluar pos barang.

2.     Affiliate

Anda boleh cuba jadi affiliater kepada mana-mana syarikat atau founder yang menjual ebook.
Anda hanya share link sahaja. Dan pastikan content anda menarik supaya audiens tertarik nak baca dan buat tindakan seterusnya.

3.    Buka akaun Shoppee.

Shoppee salah satu platform yang paling senang buat duit. Nak tahu kenapa?
Anda tak perlu buat ayat manis bergula nak minta orang beli. Anda hanya perlu tunggu orang nak order saja. Plus, ada free shipping. Hebat bukan?
Hampir setengah juta pengguna yang keluar masuk apps itu dah terbukti sedia nak beli.

4.    Buat vlog.

Anda ada akaun Youtube? Jika ada tahniah!
Anda sudah boleh mula buat video dan upload di akaun youtube anda.
Anda pilih 1-3 content yang anda minat atau mahir. Buat video mengenainya.
Bila viewers anda sudah meningkat dan melepasi tahap sepatutnya, pihak Youtube akan bayar anda.

5.    Review produk

Follower anda sudah cecah 10,000 atau lebih?
Anda dah boleh buat tawaran untuk review mana-mana produk.
Dan anda akan dibayar hasil daripada review tersebut.
Pastikan ianya menarik perhatian dan memuaskan hati klien anda.

6.     Copywriter

Anda ada skill menulis? Apa kata anda cuba tawarkan
servis tulis copywriting untuk usahawan online.

Mulakan dengan percuma dulu. Lihat hasilnya.
Jika menunjukkan mampu melonjak sales mereka.
Anda boleh mula kenakan bayaran.

7.     Kursus Online

Pernah tengok guru mengajar melalui Skype dapat 20K sebulan?
Ini biasa dalam dunia serba canggih.

Teknologi sentiasa berkembang.
Jadi kita harus ke depan.
"Tapi saya tak expert?"
Pilih satu topik yang anda mahir.

 Contohnya: Anda bekerja dalam bidang HR dah 10tahun.
Anda boleh bagi tips kod pemakaian ke pejabat, apa etika pejabat, cara handle pekerja,
contoh kelakuan yang mesti ada sebagai pekerja, dsb.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 😊

Like & Follow Facebook Page: Maira Online Shop


Wednesday 26 September 2018

9 Kelebihan Teh Barli Yang Anda Terlepas Pandang!





Aroma teh barli yang segar dan menenangkan perasaan
sangat patut anda cuba at least seumur hidup sekali!

Namun jika anda jadikan amalan selalu, anda dapat manfaat tambahan.
Iaitu kesihatan yang baik.

Jika di Jepun, teh barli dikenali sebagai 'mugicha'. Korea pula, "boricha".
Dan di China adalah "maicha."
.
.
1.    Kaya Antioksidan.

Teh barli mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia mengandungi selenium, 
vitamin A dan C yang diperlukan badan kita.

  1. Mengawal Tahap Gula Dalam Darah.

Teh barli dapat stabilkan kadar gula dalam darah. Sangat baik untuk 
pesakit diabetes atau anda yang menjaga kesihatan.

  1. Lancarkan Pencernaan.

Anda ada masalah susah membuang atau sembelit?
Kini tidak lagi dengan amalkan teh barli. Ia dapat membantu 
lancarkan pencernaan kerana kaya dengan serat dan 'antacid' semula jadi.

  1. Rawat Susah Tidur.

Tak perlu lagi kira biri-biri sampai tertidur. Anda boleh cuba minum teh barli. 
Kaya dengan melatonin, tryptophan dan asid amino yang bantu anda tidur lena.

  1. Penawar Demam.

Kita dah biasa telan panadol bila demam. 
Apa kata cuba minum teh barli pula. 2 kali sehari. 
Sangat membantu redakan suhu badan yang panas itu.

  1. Kuatkan Ketahanan Badan.

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam teh barli, 
boleh tingkatkan sistem imun anda dan membantu anda lebih cergas.

  1. Kurangkan Berat Badan.

Teh barli rendah kalori buat anda rasa cepat kenyang. 
Ianya kaya dengan serat, mineral, vitamin dan nutrien diperlukan.

Ini sangat membantu untuk elak anda makan snek yang tak berkhasiat malam-malam.

  1. Penjagaan Kulit.

Teh barli yang kaya antioksidan mampu kurangkan tanda penuaan awal, 
kedutan pada wajah. Malah, kulit lebih nampak tegang dan muda.

  1. Baik Untuk Ibu Mengandung.

Kebanyakan teh herba tak disyorkan untuk ibu yang sedang mengandung.

Namun teh barli kaya dengan potassium, niacin, iron, kalsium, asid folik 
dan nutrien penting yang baik untuk para ibu.
.
.
Semoga bermanfaat untuk anda J

#TipsSihat
#MairaNasir


Thursday 4 May 2017

PENCUCI MUKA ORGANIK RAWAT JERAWAT

"Apa sa? Nurraysa" Pernah dengar dan tengok iklan ini di tv? Terkenal dengan slogan Produk Mesra Wudhuk dan Now Everyone Can Be Beautiful. Di sepanjang lebuhraya pun ada billboard. Curlass jah! 

Selalu kita tengok set mekap saja kan. Ni Maira perkenalkan satu lagi produk untuk penjagaan kulit. Pencuci muka. Bukan biasa-biasa tau. Dah selesaikan beribu masalah pelanggan yang ada masalah kulit. 





Pencuci muka lulus KKM selamat tiada bahan terlarang. Merawat masalah kulit muka. 
Terutama kulit asia macam kita. 97% terbukti berkesan dan diyakini rakyat Malaysia.


+Sesuai untuk wanita bekerja ada masalah kulit kusam

+Sesuai untuk student yang masalah jerawat

+Sesuai untuk isteri yang nak pikat suami




Cara guna 2 kali sehari pagi dan malam. Bangun je tidur terus cuci muka dengan sabun kolagen.
Jika jenis kulit kering sebaiknya ambil sekali argan whitening moisturizer yang fungsi dia melembap kulit. Semua jenis kulit boleh cuba.


Inshaallah harga berpatutan dan mampu milik :)


Wednesday 3 May 2017

KHASIAT JAMU NURRAYSA VHERB UNTUK WANITA

Selalu kita pentingkan penjagaan muka saja. Tapi kita tak sedar satu benda.
"Cantik dari dalaman dulu baru teserlah luarannya."

Perkenalkan Jamu VHerb. Ehemm bukan DHerb ya. Jamu VHerb keluaran Nurraysa. New release untuk bulan Mei ini. Jom kita ketahui apa khasiat kandungan jamu ini.


KHASIAT KANDUNGAN JAMU NURRAYSA VHERB

1. Ubi Kunyit

+ Membantu mengurangkan sakit semasa period
+ Mengaktifkan metabolisme lemak dan membantu menurunkan berat badan
+ Melancarkan alirah darah dalam badan
+ Membantu proses penghadaman dan mengurangkan gas dalam perut
+Bertindak sebagai antioksida, iaitu melambatkan proses penuaan

2. Akar Kacip Fatimah

+ Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
+ Melewatkan proses penuaan
+ Membantu merawat masalah keputihan
+ Mengembalikan kecergasan selepas bersalin

3. Buah Manjakani

+ Membantu penyembuhan tisu-tisu luar faraj selepas bersalin
+ Mengurangkan keputihan yang berlebihan dengan membantu mengurangkan cecair yang menyebabkan bau tidak menyenangkan
+ Anti oksida dalam manjakani mencegah dari penuaan
+ Kandungan astrigent dalam manjakani membantu kulit lebih halus dan juga mencegah jerawat
+ Membantu menegang semula otot-otot buah dada

4. Akar Serapat

+ Membantu memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
+ Turut bertindak sebagai antioksida iaitu anti penuaan
+ Melancarkan peredaran darah dalam badan
+ Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid

Pengalaman pelanggan yang dah cuba jamu ini.












Saturday 15 April 2017

5 Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak




5 Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak

1. Cuci bersih

Cara ini sememangnya berkesan untuk kawal minyak berlebihan pastikan bersih setiap masa.

Cuci muka anda 2-3kali setiap hari untuk hilangkan kotoran dan lebihan minyak yang sebabkan
liang pori tersumbat, jerawat dll.

Pencuci muka jenis gel dan 'foam' sesuai untuk kulit berminyak. Cuba cari pencuci muka yang bebas minyak.

Sabun berubat atau berasaskan kolagen pun bagus untuk membersihkan kulit berminyak.
Boleh cuba nurraysa collagen soap hasilnya berkesan.

Elakkan cuci wajah secara kasar macam nak sental kuali tu.
Sebabnya akan hilangkan kelembapan kulit semula jadi,
lebih banyak minyak akan terhasil.


2. Skrub

Penting skrub 1-2kali seminggu bagi yang kulit berminyak .

Sebum berlebihan yang terhasil sebabkan sel-sel kulit mati menempek pada permukaan kulit.

Muncullah jerawat, jerawat, whiteheads dan bintik hitam, dan sudah tentu kulit nampak kusam benaww .

Untuk buang kotoran dan sel kulit mati, ofkos nak kulit nampak bersih dan putih lepas tu kannn.
Caranya pastikan uolls skrub selalu.

Lagi satu, skrub tu lembut ya jangan tenyeh kuat2.


3. Pakai mask

Selepas skrub, diikuti dengan 'mask'.
Gunakan mask wajah yang ada bahan semula jadi.

Sangat bagus untuk kulit berminyak sebab ia akan perlahan-lahan menyerap minyak yang berlebihan.


4. Gunakan Toner Bebas Alkohol

Toner setiap hari dapat bantu hilangkan minyak berlebihan dan kotoran dari kulit anda.

Air mawar sangat sesuai untuk kulit berminyak. Boleh dapatkan juga toner yang bebas alkohol di guardian atau watson yang terdekat.


5. Jangan Lupa Pelembap

Kulit berminyak perlukan pelembab dan penghidratan.

Kurangnya kelembapan kulit akan jadi sebab kelenjar hasilkan minyak berlebihan.

Sebaiknya pilih pelembap yang labelnya ada tulis 'non-comedogenic-, dan jenis 'water-based moisturizer'
.
.
Tips Ekstra: Elakkan makan makanan yang bergula, makanan ringan. Rajin makan buah dan sayuran setiap hari. Minum air untuk kekal hidrat.

#MairaNasir

Friday 14 April 2017

Susu Kambing Rahsia Awet Muda




Susu kambing kaya dengan asas asid lemak dan trigliserida. Asid lemak ini ada pH yang sama dengan manusia.

Susu kambing ada mineral baik untuk kulit iaitu selenium.
Kajian pakar sahkan mineral ini boleh menghalang masalah kanser kulit.

Selenium juga bertindak mengelak kulit rosak akibat tak dilindungi sinar matahari.

dan vitamin A, vitamin ini paling penting untuk kulit. Manfaatnya, boleh kurangkan masalah jerawat, hilangkan kesan kedutan penuaan.

Sama macam susu lain, susu kambing terkandung asid laktik, bahasa saintifiknya 'alpha hydroxy acid' (AHA).

Kelebihan dia, boleh membantu buang sel kulit mati. Kulit jadi lebih awet muda, menghidrat dan makin cerah.

Macam kita kulit asia kebanyakan alami masalah kulit kering. Tapi dengan susu kambing, anda tak perlu risau. Susu kambing memang semula jadi lembapkan kulit.
.
.
P/s: Susu kambing salah satu kandungan utama dalam nurraysa collagen soap. 2 kali sehari guna. Inshaallah 95% membantu rawat masalah kulit anda. 😍
.
.
Sekarang ada promosi april tau, sekotak sabun hanya Rm29.90
Tiga kotak lagi jimat Rm75 saja
Boleh dapatkan dengan whatsapp Maira di 0199397259 😊